Friday, July 24, 2009

tazkirah pertama..

OH JIWAKU MARILAH MERASAI DEKAT DENGAN ISLAM DEKAT JUA DENGAN ALLAH TAALA…
Ketahuilah jiwaku, natijah yg nampak seolah-olah islami, tetapi sebenarnya terputus hubungan dengan allah, ditolak oleh allah s.w.t. dan pelaku-pelakunya diseksa pula oleh allah s.w.t. Satu hadis rasulallah s.a.w. yg diriwayatkan oleh abu hurairah r.a. wajar kita renungkan:

“Perkara pertama yg akn diputuskan di hari qiamat ialah seorang yg mati syahid. Maka dihadapkan dan ditanyakan beberapa ni’mat allah kepadanya. Setelah diakui banyaknya ni’mat allah, maka ditanya: apakah perbuatanmu terhadap ni’mat itu? Jawabnya: saya telah berjuang untuk-Mu sehingga mati syahid. Jawab allah taal: Dusta engkau, tetapi sebagai pahlawaan dan dirimu telah pun terkenal demikian. Kemudian, diperintahkan supaya diheretkan ke dalam api neraka.

Begitu juga nasib seorang pelajar yang telah pandai serta mengajar al-quran. Allah yang maha mengetahui tidak menerima semua amalnya dan mengatakan bahawa amalnya itu bertujuan untuk terkenal sebagai qori. Kemudian diseretkan ke dalm neraka.
Seorang hartawan yang suka menderma ketika hidupnya juga dicampakan ke neraka. Ini kerana amalanya terputus hubungan dengan allah dan bertujuan untuk dikenali sebagai dermawan.”

Duhai jiwaku, tidakkah hadis ini cukup menggerunkanmu?Sedangkan seorang yang mati syahid, qori, dan dermawan pun dicampakkan ke dalam neraka, inikan pula aku? Sudahlah sikit amalku, bercampur baur pula dengan karat mazmumah. Biarpun hidupku dekat dengan islam, namun bersihkah enkau duhai hatiku?
Persedian hati perlukan proses tarbiah (didikan) bermula dengan tazkiyah an-nafs dan mua’lajatul uyub (mengikis keaiban). Mujahadah yang dituntut amatlah perit dan bukan sedikit. Ia tidak boleh diambil mudah! Hanya dorongan iman dari hati yang diproses untuk dekat dengan allah akan memampukan seseorang melakukan setiap apa yang diperintahkan oleh allah s.w.t. serta menjauhi segala larangan-Nya menyeluruh. Inilah hakikat pengabdian ini hanya akan lahir apabila jelas hubungan hati dengan allah.
Hayatilah bagaiman dekatnya para rasul dan pengikutnya dengan allah dalam setiap detik nadi mereka berdenyut. Setiap nilai hidup dari sekecil-kecil perkara hinggalan sebesar-besar perkara perlu dihubungkan kepada cinta allah agar menjadi sebati di dalam hati dan lahir pula dalam tingkah laku kita. Kita cintakan islam kaafah!!! Bukan sekadar system pentadbiran yang perlu islamik tetapi diri kita juga perlu islami merangkumi hati, pemikiran dan amalan. Berkata Hassan al-Hudaibi: Tegakkan Islam dalam diri, nescaya tertegaklah islam di muka bumi. Wahai diri, bagaimanakan praktikalnya?
Kekuatan hubungan dengan allah sahajalah yang menjadi tenaga penggerak hati, rasa, pemikiran dan sahsiah diri sejajar dengan syariat-syariat keislaman. Inilah rahsia kekuatan sebenar yang akan mencorak seseorang dengan corakkan allah s.w.t.(sibghotullah) walaupun di tempat sunyi ataupun di khalayak ramai, gelap, atau terang, susah atau senang, setiap ketika atau di mana sahaja. Inilah proses didikan yang dilakukan oleh Rasulallah s.a.w. kepada para sahabat sehingga dikenali sebagai ganerasi al-quran yang unik.
Iman mereka diiktiraf oleh allah dan apa yang wajar dicontohi ialah keimanan mereka, cara merekaberhubung dengan allah dan rasul-Nya, keyakinan mereka, cara mereka berfikir dan tingkah laku mereka. Hakikat ini perlu diyakini dan dirasai untuk mengikut jejak langkah mereka. Sekiranya mereka menerima hakikat dekat dengan allah sebagai titik tilak dalam melaksanakan U’budiyah kepada allah ( iaitu menegakkan islam dalam diri dan muka bumi), maka kita juga mesti menerima hakikat ini sebagai satu prinsip yang utama.
Hakikat ini perlu dirasai agar setiap rasa, pemikiran, tingkah laku kita selaras dengan kehendak allah, jernih dengan fikrah islam yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w. Itulah generasi al-quran yang unik. Oh, hati!! Kenapa ruhiyyahmu gersang? Adakah kau jauh daripada allah? Aduahi…. Hati sebeginikah yang akan membawa orang mengenali allah? Oh hati!

No comments:

Post a Comment